“MENCIPTA
KEJAYAAN DI BAWAH PAYUNG KEMANISAN IMAN”
ANJURAN OLEH BADAN DAKWAH SK SAHOM
TEMPAT: Sahom Farm Retreat,Perak
TARIKH : 11 dan 12 Mei 2013
PENGENALAN
Kem Halawatul
Iman adalah program yang berbentuk Sentuhan Rohani (Sentuhan Jiwa) dan motivasi
untuk melahirkan murid yang kuat dan teguh dari segi JERIS iaitu Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara (FPN).Diharap program
ini dapat mengukuhkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar pelajar lebih
berdaya saing dalam menghadapi cabaran kehidupan pelajar Muslim Global yang
berwibawa dalam konteks penghayatan dan mengamalkan Islam yang sebenar.
OBJEKTIF
Pada akhir Kem
Halawatul Iman ini, diharapkan murid-murid SK Sahom yang beragama Islam akan
dapat:
-Membina
sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang muslim sejati.
-Melahirkan
murid yang bermotivasi tinggi,rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar dunia dan akhirat.
-Memahami
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid.
-Meningkatkan
keyakinan diri.
-Membina
kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan kelemahan diri.
SASARAN
TAHUN
|
MURID LELAKI
|
MURID PEREMPUAN
|
JUMLAH
|
TAHUN 3
|
11
|
4
|
15
|
TAHUN 4
|
7
|
7
|
14
|
TAHUN 5
|
5
|
5
|
10
|
TAHUN 6
|
4
|
6
|
10
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
49
|