Portal baru Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan url=http://www.ppdks.gov.my
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Jamuan Aidilfitri
Semua guru, staf sekolah dan pelajar SK Sahom dijemput ke
Majlis Jamuan Aidilfitri 1431H
pada
Hari : Sabtu
Tarikh : 25 September 2010
Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2010
13/7/2010 (Selasa)
8.00-9.00 : B. Melayu (Pem)
9.00-10.55 : B. Melayu (Pen)
11.30-12.20 : Matematik 2
14/7/2010 (Rabu)
8.00-9.00 : Matematik 1
15/7/2010 (Khamis)
8.00-9.25 : Sains
10.00-11.00 : Bahasa Inggeris 1
11.30-12.55 : Bahasa Inggeris 2
Selamat Menjawab Soalan
8.00-9.00 : B. Melayu (Pem)
9.00-10.55 : B. Melayu (Pen)
11.30-12.20 : Matematik 2
14/7/2010 (Rabu)
8.00-9.00 : Matematik 1
15/7/2010 (Khamis)
8.00-9.25 : Sains
10.00-11.00 : Bahasa Inggeris 1
11.30-12.55 : Bahasa Inggeris 2
Selamat Menjawab Soalan
Kurangkan LADAP
Kementerian berjimat tetapi guru terpaksa keluar wang sendiri hadiri kursus
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran mengurangkan Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) sebanyak 50 peratus berikutan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung sendiri guru apabila menghadiri kursus kerana tiada peruntukan disediakan untuk perbelanjaan makanan dan kos pengangkutan.
Buat masa ini semua guru diwajibkan menghadiri kursus Ladap selama 42 jam atau tujuh hari setahun.
Jika kementerian melaksanakan cadangan terbabit bermakna guru hanya wajib hadiri kursus 21 jam saja dan ini dapat membantu mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung guru pada masa ini.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata kementerian sebelum ini melaksanakan dasar penjimatan sehingga terpaksa menyatu perbelanjaan termasuk kursus latihan untuk guru.
"Kementerian sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk kebajikan guru sebelum melaksanakan langkah terbabit.
"Saya sebagai wakil NUTP melahirkan rasa kecewa atas perkembangan ini.
"Selepas kementerian mengumumkan langkah penjimatan terbabit semua pengetua dan guru besar diberi taklimat untuk mengambil langkah penjimatan segera untuk mengurangkan perbelanjaan.
"Kami di pihak guru dikerah menghadiri pelbagai kursus tetapi pada masa sama kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sepanjang kursus," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.
Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, tidak ada langsung peruntukan diberikan berbanding sebelum ini yang mana satu kepala diperuntukkan RM9 sehari.
Hashim , berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.
"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu untuk menaik taraf profesionalisme di kalangan guru," katanya dihubungi, semalam.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan berharap cadangan terbabit dapat dipertimbangkan oleh kementerian.
"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun perbelanjaan dalam pendidikan bukan kos tetapi satu pelaburan masa depan.
"Kesan catuan akan dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang dan sudah tentu membabitkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan nanti apabila guru semakin kurang motivasi untuk mengajar serta mendidik," katanya.

Daulat Tuanku
Air Mineral
New Weblog Interface
Weblog sekolah berwajah baru dan masih di dalam proses upgrade. Selamat melayari Weblog SK Sahom. Sebarang komen atau cadangan email ke sksahom@gmail.com atau sk_sahomkampar@yahoo.com.
Murid Pemulihan Berjaya
Tahniah kepada pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Yahya Petra 1 di atas kejayaan murid pemulihan UPSR 2009. Pencapaian yang cukup memberansangkan dan akan menjadi contoh kepada murid-murid pemulihan lainnya. Kejayaan mereka membuktikan, murid pemulihan juga boleh berjaya jika diberikan ruang dan peluang.
Memperoleh 3A, 2B . Bekas murid pemulihan Tahun satu 2004
NUR FAEQAH BT, MOHD.NORDIN memperoleh 4A 1C. Murid pemulihan khas tahun satu - tiga ( 2004 - 2006 ). Tahniah Nor Faeqah. Masih cikgu ingat bagaimana kegigihan ayahandamu mendukungmu berminggu-minggu untuk ke sekolah semasa kakimu masih bersimen kerana kemalangan. Tahniah En Nordin.
Sumber : Celik 3M Sk Syp 1