Sk Sahom telah dibangunkan pada pertengahan tahun 1956. Pada mulanya ia merupakan sebuah bangunan papan yang berukuran 40kax20ka.Bangunan ini didirikan atas daya usaha dan keperihatinan para ibubapa dan penduduk kampung ini yang dipimpin oleh En.Tak b. Ahmad PJK YDP Ahli Lembaga Pengurus Sekolah ini. Secara rasmi, sekolah ini mula beroperasi pada 15.10.1956 dan murid yang mendaftar untuk darjah 1 seramai 34 orang. Cikgu Hasan b. Idris dari kampung Sauk, Kuala Kangsar Perak adalah Guru Besar pertama sekolah ini. Segala kemudahan asas belum ada. Papan hitam digantikan dengan dinding sekolah sebagai tempat mencurahkan ilmu kepada murid-murid.
Pada 5 April 1957, seorang Guru Besar iaitu En.Sulaiman b. Sidek, lepasan Makatab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak dilantik secara rasmi oleh Pejabat Pelajaran Perak manakala Cikgu Hasan dilantik sebagai penolong kanan. Sehingga tahun 1959, murid bertambah kepada 44 orang dan kelas beroperasi sehingga tahun 4. Bilangan murid-murid semakin bertambah kepada 95 orang dan 47 orang daripadanya adalah murid asli. Pada tahun 1982, bilangan murid adalah seramai 128 orang. Pertambahan yang memberangsangkan membawa kepada pembinaan sebuah bangunan dua tingkat yang dibangunkan dengan kerjasama YB Azaharul Abidin (Ahli Parlimen Batang Padang). Bangunan baru mula beroperasi pada 9 Feb. 1983.
SK Sahom terus berkembang bersama detik masa dan banyak kemajuan yang telah ditempa. Kemasukan beberapa orang murid ke SM Sains T.Intan pada 1983 menjadi satu kebanggaan. Pada akhir tahun 2006, sebuah bangunan Pra Sekolah telah dibangunkan dan mula beroperasi pada 3 Januari 2007.