SK Sentosa - Pasukan Bola Sepak pulang awal apabila hanya mencatatkan 2 seri dan 1 kalah di dalam perlawanan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sentosa. Kegagalan hari ini mungkin dapat ditebus apabila, pasukan bola jaring pula turun esok dan perlawanan dijadualkan akan berlangsung di Batu Gajah. Apakah ada harapan dari Batu Gajah, nantikan berita terkini di weblog.
Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Kinta Selatan
Murid Pemulihan Berjaya
Tahniah kepada pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Yahya Petra 1 di atas kejayaan murid pemulihan UPSR 2009. Pencapaian yang cukup memberansangkan dan akan menjadi contoh kepada murid-murid pemulihan lainnya. Kejayaan mereka membuktikan, murid pemulihan juga boleh berjaya jika diberikan ruang dan peluang.
Memperoleh 3A, 2B . Bekas murid pemulihan Tahun satu 2004
NUR FAEQAH BT, MOHD.NORDIN memperoleh 4A 1C. Murid pemulihan khas tahun satu - tiga ( 2004 - 2006 ). Tahniah Nor Faeqah. Masih cikgu ingat bagaimana kegigihan ayahandamu mendukungmu berminggu-minggu untuk ke sekolah semasa kakimu masih bersimen kerana kemalangan. Tahniah En Nordin.
Sumber : Celik 3M Sk Syp 1







