Sekarang - Lawatan Pegawai PPD

Satu lawatan oleh Pegawai PPD Kinta Selatan sedang berlangsung.

Kartunis SK Sahom

Hasil lukisan MSPaint Cikgu Yon.


Kartunis Berbicara

Kurangkan LADAP

Kementerian berjimat tetapi guru terpaksa keluar wang sendiri hadiri kursus

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran mengurangkan Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) sebanyak 50 peratus berikutan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung sendiri guru apabila menghadiri kursus kerana tiada peruntukan disediakan untuk perbelanjaan makanan dan kos pengangkutan.

Buat masa ini semua guru diwajibkan menghadiri kursus Ladap selama 42 jam atau tujuh hari setahun.

Jika kementerian melaksanakan cadangan terbabit bermakna guru hanya wajib hadiri kursus 21 jam saja dan ini dapat membantu mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung guru pada masa ini.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata kementerian sebelum ini melaksanakan dasar penjimatan sehingga terpaksa menyatu perbelanjaan termasuk kursus latihan untuk guru.

"Kementerian sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk kebajikan guru sebelum melaksanakan langkah terbabit.

"Saya sebagai wakil NUTP melahirkan rasa kecewa atas perkembangan ini.

"Selepas kementerian mengumumkan langkah penjimatan terbabit semua pengetua dan guru besar diberi taklimat untuk mengambil langkah penjimatan segera untuk mengurangkan perbelanjaan.

"Kami di pihak guru dikerah menghadiri pelbagai kursus tetapi pada masa sama kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sepanjang kursus," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, tidak ada langsung peruntukan diberikan berbanding sebelum ini yang mana satu kepala diperuntukkan RM9 sehari.

Hashim , berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu untuk menaik taraf profesionalisme di kalangan guru," katanya dihubungi, semalam.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan berharap cadangan terbabit dapat dipertimbangkan oleh kementerian.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun perbelanjaan dalam pendidikan bukan kos tetapi satu pelaburan masa depan.

"Kesan catuan akan dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang dan sudah tentu membabitkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan nanti apabila guru semakin kurang motivasi untuk mengajar serta mendidik," katanya.

Gambar Program Linus dan Pemulihan

22 Mei 2010 - Satu Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Linus dan Pemulihan Khas telah diadakan dan menerima sambutan yang agak baik daripada ibu bapa pelajar. Taklimat disampaikan oleh En Mohd Saufi Bin Ibrahim (Guru pemulihan). Majlis tersebut turut disertai oleh YDP PIBG SK Sahom (berbaju kemeja putih) yang sebelum itu menyempurnakan upacara perasmian.


Program Perjumpaan Ibu Bapa dan Pelajar Linus & Pemulihan Khas


Hari Guru 2010

Gambar sekitar Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru


Sambutan Hari Guru Ke-39 Peringkat Sekolah.
Buku Program Sambutan Hari Guru 2010
(Hadapan)
(Belakang)

Hit Ke-2000


Hit Ke-2000 pada 2:15 petang tadi.

Lawatan Ke Universiti Teknologi Petronas



Seri Iskandar, 6 Mei 2010 - Satu lawatan sambil belajar ke Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak telah diadakan yang disertai lebih kurang 40 orang pelajar berserta 3 orang guru pengiring.




Gambar pilihan sahaja. Untuk melihat gambar-gambar lain, sila log in ke server ftp (ftp://10.135.235.70/Gallery/Photo Gallery/UTP/) UNTUK INTRANET SAHAJA.

Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat



Pameran Keselamatan Jalanraya dan Dadah

Masjid Sahom, 29 Apr 2010 - Satu pameran telah diadakan di Masjid Sahom yang melibatkan pameran antidadah dan keselamatan jalanraya. SK Sahom telah turut serta hadir ke pameran dan sesi ceramah yang diadakan. Pameran ini memberikan pendedahan kepada pelajar kepada bahaya dan akibat daripada mengambil bahan terlarang dan keselamatan jalanraya.

Gambar di atas adalah antara jenis dadah yang dipertontonkan kepada pelajar semasa hari pameran. Menurut pegawai AADK bertugas ketika bercakap kepada media menyatakan antara dadah yang popular dikalangan penagih bahan ini terutamanya remaja adalah dadah dari jenis yang dikenali sebagai "ais" yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.

Pengagihan Wang KWAMP

28 Apr 2010 - Majlis penyampaian wang KWAMP kepada penerima. Urusetia majlis pengagihan wang KWAMP sedang menyemak senarai penerima skim tersebut. Majlis tersebut berlangsung di Makmal Sains.


Antara penerima yang hadir untuk menerima sumbangan KWAMP

Ternakan Ikan Patin


Dataran SK Sahom, 27 Apr 2010 - Sejumlah 1000 ekor anak ikan patin dilepaskan di dua buah kolam masing-masing 500 ekor setiap kolam oleh Guru Besar, En Anuar Saad. Kolam yang dihuni ikan keli dan tilapia merah kini dimuatkan dengan ikan patin pula.


Sebahagian daripada anak ikan patin yang dilepaskan.