Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBR) sebagai "Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session".
Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15,Subang Jaya,Selangor. Pada tarikh dan masa yang sama,Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilaksanakan di peringkat sekolah,daerah dan negeri.Semua sekolah seluruh negara melaksanakan senamrobik serentak di sekolah masing-masing.Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR),tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit.
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah.Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.







Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 31 tahun 2012

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan warga SK Sahom yang telah menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 31 yang telah diadakan pada 24 Jun 2012 yang lalu. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan serta kepada pasukan Rumah  Biru kerana telah menjadi JOHAN perbarisan dan keseluruhan pada tahun ini.
Walaubagaimanapun, pasukan rumah lain juga memberikan persaingan yang sengit dan menunjukkan kerjasama yang baik.Syabas diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati pada tahun ini yang kedua-duanya dari pasukan rumah Kuning.

Olahragawan : MUHAMMAD ALIF AKMAL B. MOHD FOZI
Olahragawati : NUR SYAZREEN BT SAIFUL BAHARI



  

 
 

Pertandingan Bola Jaring


Pertandingan bola jaring membuka tirai hari ini dengan pasukan sekolah menghantar 1 pasukan. Semoga berjaya.
Berita Terkini (11:25am)
Pasukan bola jaring mengikuti jejak langkah pasukan bola sepak apabila pulang dengan tangan kosong. Cuba lagi tahun akan datang.

Bola Sepak Pulang Hampa

SK Sentosa - Pasukan Bola Sepak pulang awal apabila hanya mencatatkan 2 seri dan 1 kalah di dalam perlawanan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sentosa. Kegagalan hari ini mungkin dapat ditebus apabila, pasukan bola jaring pula turun esok dan perlawanan dijadualkan akan berlangsung di Batu Gajah. Apakah ada harapan dari Batu Gajah, nantikan berita terkini di weblog.

Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Kinta Selatan


Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Sahom menyertai Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Kinta Selatan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sentosa, Kampar. Semoga pemain-pemain sekolah membawa pulang kemenangan. Semoga berjaya.

Kejohahan Sukan Olahraga