Kem Halawatul Iman SK Sahom 2013



“MENCIPTA KEJAYAAN DI BAWAH PAYUNG KEMANISAN IMAN”



ANJURAN OLEH BADAN DAKWAH SK SAHOM
TEMPAT: Sahom Farm Retreat,Perak
TARIKH : 11 dan 12 Mei 2013


PENGENALAN 
Kem Halawatul Iman adalah program yang berbentuk Sentuhan Rohani (Sentuhan Jiwa) dan motivasi untuk melahirkan murid yang kuat dan teguh dari segi JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN).Diharap program ini dapat mengukuhkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar pelajar lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran kehidupan pelajar Muslim Global yang berwibawa dalam konteks penghayatan dan mengamalkan Islam yang sebenar.


OBJEKTIF 
Pada akhir Kem Halawatul Iman ini, diharapkan murid-murid SK Sahom yang beragama Islam akan dapat:      
 -Membina sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang muslim sejati. 
 -Melahirkan murid yang bermotivasi tinggi,rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar dunia dan akhirat.
 -Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid.
  -Meningkatkan keyakinan diri.
-Membina kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan kelemahan diri.

                   SASARAN
TAHUN
MURID LELAKI
MURID PEREMPUAN
JUMLAH
TAHUN 3
11
4
15
TAHUN 4
7
7
14
TAHUN 5
5
5
10
TAHUN 6
4
6
10
JUMLAH KESELURUHAN
49


                  










Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2013

SELAWAT DAN SALAM SESUNGGUHNYA
UNTUK TERKHUSUS,WAHAI RINDUKU

SANG NABI,AWAL PENCIPTAAN SEJAK MASA
KUNFAYAKUN,WAHAI RINDUKU

WAHAI ENGKAU YANG TELAH DATANG
KEPADA KAMI MEMBAWA PERINGATAN YANG
BENAR,PENOLONG SERTA PENUNJUK JALAN
KEBENARAN

WAHAI RASULULLAH YANG DAHINYA
BERCAHAYA,WAHAI YANG DATANG DENGAN
KEBENARAN YANG TERANG

SELAWAT SENTIASA TERCURAH KE ATAS MU
BAGAI ANGIN WEWANGIAN YANG
DIHADIAHKAN KEPADAMU








 


Antara aktiviti yang dijalankan:

-Perarakan Berselawat mengelilingi kampung
-Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Aisamuddin Bin Ariff
-Pertandingan Azan (Lelaki Tahap 2)
-Pertandingan Hafazan(Lelaki & Perempuan Tahap 1 & 2)
-Pertandingan Mewarna ( Murid Pra Sekolah & Murid Asli)
-Persembahan Nasyid