Kem Halawatul Iman SK Sahom 2013



“MENCIPTA KEJAYAAN DI BAWAH PAYUNG KEMANISAN IMAN”



ANJURAN OLEH BADAN DAKWAH SK SAHOM
TEMPAT: Sahom Farm Retreat,Perak
TARIKH : 11 dan 12 Mei 2013


PENGENALAN 
Kem Halawatul Iman adalah program yang berbentuk Sentuhan Rohani (Sentuhan Jiwa) dan motivasi untuk melahirkan murid yang kuat dan teguh dari segi JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN).Diharap program ini dapat mengukuhkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar pelajar lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran kehidupan pelajar Muslim Global yang berwibawa dalam konteks penghayatan dan mengamalkan Islam yang sebenar.


OBJEKTIF 
Pada akhir Kem Halawatul Iman ini, diharapkan murid-murid SK Sahom yang beragama Islam akan dapat:      
 -Membina sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang muslim sejati. 
 -Melahirkan murid yang bermotivasi tinggi,rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar dunia dan akhirat.
 -Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid.
  -Meningkatkan keyakinan diri.
-Membina kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan kelemahan diri.

                   SASARAN
TAHUN
MURID LELAKI
MURID PEREMPUAN
JUMLAH
TAHUN 3
11
4
15
TAHUN 4
7
7
14
TAHUN 5
5
5
10
TAHUN 6
4
6
10
JUMLAH KESELURUHAN
49