Apa Itu Program LINUS?


LINUS: Literacy And Numeracy Screening National Key Result Areas
(NKRA’s)

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi
dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang
2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid
Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan
untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan
murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi
menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas
mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi
pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh
dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti
pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS.

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih
belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun
2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru
pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
(PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal
Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang
tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan
pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah.

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen
dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

0 comments:

Catat Ulasan