Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.
Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan
dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi.
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
Meningkatkan kecergasan jasmani;
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
Memupuk perpaduan di antara kaum;
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
0 comments:
Catat Ulasan