Sumbangan Aidilfitri

Sahom, 3 Sept - Majlis penyampaian Sumbangan Aidilfitri telah pun diadakan dan disampaikan oleh En Idris Bin Ibrahim (PK Pentadbiran SK Sahom). Menurutnya lagi sumbangan ini disampaikan kepada pelajar yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali bagi meringankan beban dan memberikan sedikit kegembiraan anak-anak ini semasa Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama. Sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan daripada staf sekolah sendiri. Setiap orang anak yatim ini menerima sumbangan termasuk pelajar asli. Berikut merupakan gambar semasa majlis tersebut berlangsung.

0 comments:

Catat Ulasan