Bajet 2012 : Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus.

Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.

Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.

Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.

Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia


sistem pendidikan











Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI...

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010

1. Membina Negara bangsa

- Memperkasakan Bahasa Malaysia

- Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional

- Memupuk kecintaan terhadap seni , warisan dan budaya bangsa

- Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari

2. Membangunkan modal insan

- Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan murid

- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan

- Memupuk murid supaya memiliki kemahiran dan keterampilan

- Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

- Memperkukuh disiplin murid

- Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin

- Memantapkan kurikulum

3• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

- Pemantapan kepimpinan pengetua dan kualiti guru

- Pengukuhan budaya sekolah

- Penambahbaikan aktiviti kokurikulum dan sukan

- Penambahbaikan sistem sokongan

- Peningkatan prestasi akademik

4. Merapatkan jurang pendidikan

- Mebangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar

- Meningkatkan kadar penyertaan dan pengurangan risiko keciciran

- Menambah baik sistem pengagihan bantuan pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.

5. Memartabatkan profesion keguruan

- Memantapkan latihan perguruan

- Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

- Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

- Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan

- Memberikan lebih autonomi kepada sekolah

- Mewujudkan sistem akauntabiliti

- Mewujudkan piawaian dan penanda arasan

- Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan

- Merintis perubahan dan pembaharuan

Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan



Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sahom 2011...




16 Mei 2011 (Isnin): Hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sahom. Semua warga SK Sahom telah berkumpul di dalam dewan sekolah. Acara dimulakan dengan majlis bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Firdaus.
Kemudian acara diteruskan dengan bacaan perutusan sempena hari guru oleh Penolong Kanan 1, En Zaini Bin Idris dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Fakhru Bin Abdullah. Seterusnya En. Anuar Bin Saad iaitu Guru Besar SK Sahom telah menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru.
Seterusnya acara sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian Lagu 'Kami Guru Malaysia' dan 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' oleh semua guru SK Sahom. Selesai acara nyanyian lagu, Guru Besar dan guru-guru telah bersama-sama memotong kek sempena Sambutan Hari Guru.
Acara telah diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah oleh pengawas sekolah dan murid-murid kepada guru-guru. Pelbagai hadiah dan cenderahati telah diterima oleh para guru daripada anak murid tersayang. Acara berakhir dengan pertukaran hadiah antara guru dan ditutup dengan jamuan makan untuk guru-guru dan staf sokongan.

SELAMAT HARI GURU...

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik SK Sahom...


GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

Lagu Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

Khabar Gembira Buat Warga Pendidik Sempena Hari Guru Bakal Diumum



KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah...".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini hari ini, Muhyiddin berkata cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020," katanya.

Turut hadir pada majlis yang disertai lebih 2,000 warga pendidik Pahang ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan.

Katanya kerajaan juga telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

"Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan dengan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan menjana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih," katanya.

Beliau berkata kesemua perkara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih.

Muhyiddin berkata tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat perwatakan sahsiah baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Beliau berkata dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran juga akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. -BERNAMA

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun @ PKSR 1




Selamat Menduduki PKSR 1...

Semua guru ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun @ PKSR 1 kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Sahom.

Semoga para murid sekalian dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh keiltizaman untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Pesanan kepada semua murid, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya dan sentiasa berdoa untuk memberi yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua!

SELAMAT MAJU JAYA...

Selamat Hari Pekerja 2011



Tema Hari Perkeja 2011 : Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

1 Mei merupakan Hari Pekerja. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan hari kelepasan am (cuti umum) pada tarikh 1 Mei setiap tahun. Kerajaan mula menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja sejak 1991.

Pekerja merupakan nadi bagi setiap syarikat, organisasi ataupun negara. Tanpa pekerja yang produktif dan proaktif adalah sukar bagi syarikat atau sesebuah organisasi untuk beroperasi apa lagi berkembang dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog www.1malaysia.com.my menyifatkan transformasi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam tempoh lima dekad direalisasikan oleh para pekerja Malaysia yang dinamik dan berproduktiviti tinggi.

Justeru, sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini beliau menggesa golongan pekerja supaya memanfaatkan peluang baru yang akan terhasil dari cita-cita nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan membawa manfaat kepada semua rakyat dan ia memerlukan golongan pekerja bertaraf dunia, katanya.

“Malaysia yang maju akan memerlukan pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan berpengetahuan tinggi,” kata Perdana Menteri.

Najib menambah, kerajaan telah pun meletakkan segala asas transformasi serta ekonomi yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat ini.

“Walaupun demikian, tanpa sokongan dan komitmen oleh para pekerja, wawasan ini akhirnya akan hanya tinggal impian semata-mata,” katanya.

Beliau menegaskan negara Malaysia maju akan menyaksikan peningkatan kualiti infrastruktur asas yang disediakan kerajaan.

“Anak-anak kita akan mendapat akses kepada perumahan, perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang lebih baik namun untuk semua ini menjadi realiti memerlukan kita menyingsing lengan mengukuhkan tekad serta melipatgandakan lagi usaha,” katanya.

“Saban tahun kita menyambut hari yang amat bermakna ini sebagai pengiktirafan terhadap jasa-jasa para pekerja dalam membangunkan negara Malaysia yang tercinta,” jelas Perdana Menteri sambil mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua para pekerja di Malaysia.

Tema Pekerja Merealisasi Transformasi Negara dipilih untuk sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Majlis Perhimpunan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan 12,000 warga pekerja dan majikan dijangka hadir.

Sementara Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Sambutan (Cuepacs) pula mengadakan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Laporan Bernama menyebut golongan pekerja mengharapkan berita gembira seperti pengumuman insentif kewangan dari kerajaan sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Khalid Atan berkata, insentif sedemikian mampu menjadi pemangkin supaya golongan pekerja lebih dedikasi dan produktif.

“Saya harap kerajaan akan menetapkan polisi gaji minima kepada pekerja di sektor swasta kerana saya rasa tuntutan berkenaan adalah relevan pada masa ini memandangkan harga barang keperluan dan kos hidup adalah tinggi,” katanya.

Perkara lain yang beliau harapkan diberikan perhatian oleh kerajaan adalah cuti bersalin 90 hari kepada pekerja di sektor swasta. Kebanjiran pekerja asing dalam negara juga memerlukan perhatian serius dan perlu ditangani melalui satu pendekatan yang menetapkan bilangan pekerja asing yang diperlukan negara.

Semua pekerja tidak kiralah sektor awam, swasta, golongan profesional atau pekerja am memainkan peranan tersendiri dalam memberikan sumbangan kepada syarikat dan negara. Tanpa sumbangan dan komitmen dari setiap seorang pekerja tidak mungkin negara membangun seperti hari ini.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2011. Bagi golongan pekerja marilah kita kuatkan semangat dan tekad untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti demi negara tercinta.

Sementara golongan majikan pula diharap lebih menghargai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan pekerja masing-masing sebagai perangsang dan pembakar semangat kepada pekerja untuk lebih gigih bekerja. Selamat hari pekerja kepada semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan Sahom.


Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Sahom 2011



Pada 25 April 2011 telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sahom bagi sesi 2011.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada murid-murid yang terpilih. Pemakaian tali leher dan kad nama pengawas oleh En. Anuar Bin Saad, Guru Besar SK Sahom adalah acara simbolik pada hari tersebut.

Semua Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik membacakan ikrar sebagai tanda setia dan akur terhadap tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah.

Warga Sekolah Kebangsaan Sahom mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut. Diharapkan semoga semua murid yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, amanah dan dedikasi.

Juara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1) Daerah Kinta Selatan 2011


Sekolah Kebangsaan Sahom telah mencipta sejarah apabila seorang murid tahun 3 yang bernama Hanim Humairah Bt Junaidi Abdillah telah berjaya memenangi Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1) Daerah Kinta Selatan Tahun 2011.

Beliau akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1) Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan tidak lama lagi. Warga Sekolah Kebangsaan Sahom mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau memenangi pertandingan tersebut.

Semoga beliau akan terus berjaya pada peringkat yang seterusnya dan dapat mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Sahom.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
  1. Membina kecergasan badan.
  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  6. Mempunyai kematangan emosi.
  7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  10. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
  11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
  12. Mengamalkan nilai murni.
  13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
  15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
  16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
  17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Apa Itu Program LINUS?


LINUS: Literacy And Numeracy Screening National Key Result Areas
(NKRA’s)

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi
dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang
2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid
Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan
untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan
murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi
menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas
mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi
pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh
dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti
pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS.

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih
belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun
2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru
pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
(PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal
Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang
tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan
pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah.

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen
dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.