Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sahom 2011...




16 Mei 2011 (Isnin): Hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sahom. Semua warga SK Sahom telah berkumpul di dalam dewan sekolah. Acara dimulakan dengan majlis bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Firdaus.
Kemudian acara diteruskan dengan bacaan perutusan sempena hari guru oleh Penolong Kanan 1, En Zaini Bin Idris dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Fakhru Bin Abdullah. Seterusnya En. Anuar Bin Saad iaitu Guru Besar SK Sahom telah menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru.
Seterusnya acara sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian Lagu 'Kami Guru Malaysia' dan 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' oleh semua guru SK Sahom. Selesai acara nyanyian lagu, Guru Besar dan guru-guru telah bersama-sama memotong kek sempena Sambutan Hari Guru.
Acara telah diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah oleh pengawas sekolah dan murid-murid kepada guru-guru. Pelbagai hadiah dan cenderahati telah diterima oleh para guru daripada anak murid tersayang. Acara berakhir dengan pertukaran hadiah antara guru dan ditutup dengan jamuan makan untuk guru-guru dan staf sokongan.

SELAMAT HARI GURU...

0 comments:

Catat Ulasan