Program Ihya' Ramadan 2012 SK Sahom

1.Tadarrus Al-Quran
2. Siaraya ayat-ayat suci Al-Quran/Nasyid Asma Al-Husna
3. Risalah Ramadan
4. Majlis berbuka puasa dan Solat Tarawih
5. Sumbangan Sedekah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin
6. Tazkirah Ramadan
7.Penulisan Khat & Hadis Nabi
8. Risalah Cara Menyambut Aidilfitri
9. Bacaan Yasin
10.Tasmik

Selamat Menyambut Ramadan dari Warga SK Sahom

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBR) sebagai "Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session".
Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15,Subang Jaya,Selangor. Pada tarikh dan masa yang sama,Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilaksanakan di peringkat sekolah,daerah dan negeri.Semua sekolah seluruh negara melaksanakan senamrobik serentak di sekolah masing-masing.Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR),tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit.
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah.Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.







Kem Halawatul Iman






Kem Halawatul Iman yang dianjurkan ini adalah program yang berbentuk Sentuhan Rohani ( Sentuhan Jiwa ) dan motivasi untuk melahirkan murid yang kuat dan teguh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Diharap program ini dapat mengukuhkan seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar pelajar lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran kehidupan pelajar Muslim Glokal yang berwibawa dalam konteks penghayatan ajaran Islam sebenar.
Kem ini disertai seramai 35 pelajar Muslim SK Sahom terdiri dari pelajar tahun 4,5 dan 6.Jawatankuasa pelaksana pula terdiri dari 16 guru dan kakitangan SK Sahom.Antara modul-modul utama yang dilaksanakan semasa kem ini ialah :

Modul 1-Ibadah Asas Kejayaan Mukmin(Kearah Kesempurnaan Solat)
Modul 2-Mencari Cinta
Modul 3-Kuliah Maghrib,Bacaan Yassin & Solat Hajat
Modul 4-Muhasabah Diri
Modul 5-Motivasi
Modul 6-Kasih Dirayu Sayang Dipadu
Modul 7-Mutiara Sunnah(Qiamulail)
Modul 8-Zikrullah "Menanti Senja"
Modul 9-Selamat Malam Sayangku

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat kerana telah melaksanakan kem ini dengan jayanya.Diharapkan selepas menyertai kem ini murid-murid SK Sahom yang beragama Islam akan dapat :
i. Membina sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang muslim sejati.
ii. Melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha.
iii. Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid.
iv. Meningkatkan keyakinan diri.
v. Membina kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan kelemahan diri.

---INSYAALLAH----

















Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 31 tahun 2012

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan warga SK Sahom yang telah menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 31 yang telah diadakan pada 24 Jun 2012 yang lalu. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan serta kepada pasukan Rumah  Biru kerana telah menjadi JOHAN perbarisan dan keseluruhan pada tahun ini.
Walaubagaimanapun, pasukan rumah lain juga memberikan persaingan yang sengit dan menunjukkan kerjasama yang baik.Syabas diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati pada tahun ini yang kedua-duanya dari pasukan rumah Kuning.

Olahragawan : MUHAMMAD ALIF AKMAL B. MOHD FOZI
Olahragawati : NUR SYAZREEN BT SAIFUL BAHARI